Tuesday, December 24, 2019

Percutian ke Pakbara Satun Thailand


Assalamualakum semua,penulisan pertama selepas bertahun tak menulis dlm blog ..
blog lma dah kena block,so nak try simpan dan berkongsi dalam ni semula
pernah dengar Pakbara ?? bila aku sebut Pakbara bini aku sebut Pakbakar ?? sapa pakbakar ?? ejen Bakar dalam ejen Ali ke ?? best woo filem Ejen Ali The Movie
Ok kita balik semula ke cerita Pakbara. Pakbara adalah satu tempat di daerah Satun Thailand, lebih kurang 60-70km dari Wang Kelian Perlis. Percutian ke Pakbara ni kalau nak best terus ke Koh Lipe sebuah pulau yang dinamakan Maldives Thailand. Tapi kalau anda bercuti bersama anak yang kecil dan mabuk laut, better hanya bersiar di kawasan Pakbara sahaja.
Tips nk ke Pakbara ikut Wang Kelian dan drive ke sana. Nak bawa kereta masuk mcm biasa mesti ada gran kereta original kemudian singgah Changlun atau Caltex RnR Gurun untuk beli Insurance Thai serta beberapa dokumen lain. Bagi je kt diorang ckp detail nk kemana,berapa lama .. dok mana nanti depa akan isi semua dan memudahkan kerja kita. Bayaran xde la mahal sangat janji senang keje.

Penginapan aku suggest duduk di Lake Terrace View Pakbara,sbbnya muslim 100% owner dia, so bila breakfast pagi di hotel takde ragu-ragu. Pekerja pun pakai tudung/jilbab serta peramah walaupun dia x boleh berbahasa melayu. Untuk makluman,kawasan Pakbara Satun ni majoritinya adalah muslim. Masjid pun sangat2 banyak ... dan kalau anda singgah di sebuah Pasaraya Big C di pekan Satun signboard dalam mall pun tulis JAWI selamat datang,bilik sembahyang .. mmg byk la tulisan JAWI,tapi sayang ada segelintir bangsa di Negara kita yg tolak dan x mau guna tulisan JAWI.
Kalau ke Thailand ni yang paling best adalah makanannya,so kalau ke Hatyai ada Floating Market,tapi di Pakbara ni ada Night Market atau lebih femes dengan panggilan Pasar Malam haha..
setiap Sabtu & Ahad saja tau,tapi best sebab macam2 ada dan keseluruhan Islam xnmpak jual Pork mcm di Floating Market Hatyai.


Pantai2 di Pakbara ni xde la lautan biru mcm korang bayangkan di Phuket bagai,tapi bagi aku still cantik dari batu feringgi. Suasana ambik gambar time matahari tebenam mmg cun,yea la sbb nak suruh kita dok kt luar time maghrib... Sedangkan tak elok duduk luar waktu maghrib sebab Setan berkeliaran. Sebut pasal matahari, thailand ni sangat femes dengan tanaman bunga Matahari. Di Daerah Satun ni ada jugak kebunnya iaitu di Khao Tanam lebih kuran 30 minit dari Pakbara. Cuma nak ke sana maybe ada musim-musim dia, sebab time saya pi bunganya ilekkk ... depa dah buang tebas habis. Maybe nak tanak yang baru tak tau la

Kesimpulan dia ke Pakbara ni ok la,nak best kena naik boat ke Koh Lipe atau buat aktiviti air kt Koh Khao Yai Stone Castle,tapi sebab ada budak kecik sangat2 tak sesuai nak kesana,bak kata orang kerja ditempat pembinaan Safety First. So ini saja yang nak dikongsi sebab masa taip ni dah kul 6.30 petang, nak siap2 untuk Maghrib pulak .. Wassalam bubye